Tutor Terbaik Malaysia (TTM) kawasan Subang dan sekitarnya serta mendapat pengiktirafan dari Akademi Tutor Terbaik Malaysia (ATTM).
Inginkan perkhidmatan Home Tuition untuk anak anda? Hubungi saya di talian 017-6529732 (Whatsapp/ Telegram) untuk pertanyaan lanjut.
ANDA INGIN BANTU ANAK/ ANAK MURID JADI LEBIH CEMERLANG DARI SEBELUM INI?
===================================
Jom Jadi Education Consultant Sasbadi! #TeamKASIH
===================================
Berminat untuk menyertai Team #KASIH?? Hadirkan diri anda pada waktu dan hari yang dinyatakan....
1st time join dan TIDAK TAHU bagaimana nak bermula?
JANGAN RISAU!!!! Sertai team kami dan anda akan memperoleh SESI BIMBINGAN HARIAN daripada Team Leader #KASIH yang HEBAT dan MANTAP, iaitu HT Amir (Pengasas Bengkel Bijak Belajar & Akademi Tutor Terbaik Malaysia).
Ikuti video review saya mengenaiPortal Pembelajaran i-Learn
Ace Sasbadi
Kepada rakan-rakan tutor, ibu bapa dan para pelajar
yang ingin mengetahui secara ringkas mengenai pembelajaran alaf baru ini, boleh
lihat video di bawah...
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera para pembaca sekalian!!!
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca sekalian!!!!
Tahun ni saya beraya di rumah sahaja macam tahun-tahun yang lalu... Kebanyakan famili berada di sini jadi tidak pulang ke kampung... Apa pun kepada yang masih bermood raya teruskan aktiviti anda dan selamat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat hendaknya....
Ada apa dengan post kali ini????
Sebuah inovasi oleh SASBADI yang menggabungkan Online Learning dan Offline Learning bagi menghasilkan blended Mobile Learning yang TERBAIK buat masa ini
Post kali ini akan menyentuh sedikit perihal mengenai sebuah portal pembelajaran alaf baru yang saya gunakan sekarang bagi meningkatan prestasi pelajaran iaitu i-Learn Ace keluaran Sasbadi yang saya pernah sebut sebelum ini.... Saya berhajat ingin review sedikit apa yang ada dalam i-Learn Ace ini serta apa kebaikan yang boleh diperolehi dengan penggunaannya kepada anda semua.. tetapi sebelum itu apa kata anda semua tengok dahulu video mengenai i-Learn Ace di bawah...
Bagaimana? Sudah jelas sedikit? Tidak mengapa jika masih tidak paham... Saya akan bantu para pembaca saya untuk memahami mengenai perkara ini dengan lebih mendalam kelak... Tapi kene tunggu post seterusnya ok??
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera para pembaca sekalian,
Sebelum itu, saya ingin moemohon beribu-ribu kemaafan kepada para pembaca kerana sudah lama tidak update blog ini... Sibuk dengan musim exam dan persediaan projek paper saya sem hadapan.. Syukur kerana sekarang ni dah selesai... Alhamdulillah.... Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya... :)
Nampak tajuk post di atas? Apa maksudnya? Haaa... Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda semua para pembaca blog ini... Apakah maksud tajuk post ini? Ya, saya telah berjaya membuat satu langkah baru... Apakah ia???
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera para pembaca sekalian...
Apa khabar? Semoga sihat semuanya. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan bagi tahun ini kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan home tuiition di rumah klien. Tahniah juga kepada Pn. Noorshamsiah kerana mengambil inisiatif untuk memanfaatkan cuti anak beliau dengan membuat home tuition... Saya sangat berbesar hati membantu puan dan anak puan. Insyallah semoga semuanya dipermudahkan....
Anda berminat mendapatkan perkhidmatan saya atau perkhidmatan tutor-tutor kami di bawah Akademi Minda Excellent? Sila hubungi 0176529732 untuk maklumat lanjut!!!!
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera para pembaca sekalian..
Tengok tajuk mesti mcm tak percaya kan?? Haa... tp ketahuilah tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari sekalian bahawa ianya BETUL!!!!!
Saya akan ceritakan sedikit pengalaman saya melaksanakan kelas tuisyen secara ONLINE!!! Alhamdulillah saya telah membuka satu group Whatsapp bagi mengajar Matematik secara online dan pada peringkat permulaan saya mengendalikan kelas tersebut secara PERCUMA!!!! Saja nak tengok berkesan ke tidak bila guna kaedah ni kan??
Sebab kelas percubaan, maka tidak ramai yang join lagi masa tu... tidak mengapa dari tiada kan?? :)
Maka bermulalah langkah baru saya sebagai tutor online!!! Yeah!!!
HIII!!! Apa kaba anda semua? Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog saya... Alhamdulillah... Berjumpa lagi kita dalam post yang seterusnya.. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada para pembaca kerana lewat mengupdate blog ini.. Maklumlah sibuk sedikit dengan banyak hal.. :P
Post kali ini kita akan membicarakan mengenai perjalanan saya, Tutor Hasnan sebagai seorang tutor dari permulaan hinggalah sekarang.. Jom...
Saya bersama anak murid saya.. Masa ini saya mengajar subjek Sejarah Tingkatan 5...
Ini kelas Matematik PT3 tahun 2016...
Perbincangan dalam kumpulan turut saya tekankan sebagai satu skill untuk study secara smart... :)
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkanAHLAN WASAHLAN kepada anda semua ke ruangan blog ini. Insyallah saya akan memberi gambaran berkaitan dengan diri saya serta perkhidmatan yang saya tawarkan secara ringkas.
Latar Belakang
Inilah rupa saya.. Zaman saya kurus sikit.. :P
Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Muhammad Hasnan bin Mohd Salim. Saya berasal daripada Subang, Selangor dan sekarang menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia, Selangor. Saya merupakan bekas pelajar di:
a) Sekolah Menengah Kebangsaan Subang
b) Sekolah Menengah Teknik Sepang
c) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Sekarang, saya adalah sebagai seorang guru tuisyen separuh masa. Anda boleh memanggil saya dengan gelaran "Cikgu Hasnan" atau "Tutor Hasnan"
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T kini secara rasminya saya bergelar "TTM". TTM merujuk kepada gelaran yang diberikan oleh pengasas Akademi Tutor Terbaik Malaysia (ATTM), Tuan Amir Hamdzan kepada semua bekas pelajar beliau yang pernah mengikuti Bengkel Train of Tutor I (TTT1).
Hasil daripada bengkel terbabit maka blog ini terhasil dan page Facebook saya turut dibina untuk berkongsi dengan anda semua mengenai infomasi berkaitan dunia pendidikan khususnya dalam perkhidmatan home tuition.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Ini merupakan blog saya di mana saya akan berkongsi mengenai informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya berkaitan perkhidmatan home tuition kepada para pembaca. Mohon maaf sebab masih lagi dalam proses kemaskini jadi banyak benda belum dikongsikan lagi ya..
Apa pun, terima kasih kerana sudi melawati blog saya ini. Insyallah dalam sedikit masa lagi akan ada update dari saya.