Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera para pembaca sekalian..
Tengok tajuk mesti mcm tak percaya kan?? Haa... tp ketahuilah tuan-tuan, puan-puan, saudara saudari sekalian bahawa ianya BETUL!!!!!
Saya akan ceritakan sedikit pengalaman saya melaksanakan kelas tuisyen secara ONLINE!!! Alhamdulillah saya telah membuka satu group Whatsapp bagi mengajar Matematik secara online dan pada peringkat permulaan saya mengendalikan kelas tersebut secara PERCUMA!!!! Saja nak tengok berkesan ke tidak bila guna kaedah ni kan??
![]() |
| Sebab kelas percubaan, maka tidak ramai yang join lagi masa tu... tidak mengapa dari tiada kan?? :) |
![]() |
| Maka bermulalah langkah baru saya sebagai tutor online!!! Yeah!!! |
Apabila sudah ada pelajar maka saya pun mulalah mengajar seperti biasa, seperti di dalam kelas. Cuma bezanya pelajar tidak di hadapan kita.. Terpulanglah pada ketika itu pelajar ada di mana, di bilik, di ruang tamu, di dapur, di shopping complex hatta di dalam tandas pun boleh mengikuti kelas secara online ini... Serius ye ni!!!!
Kelas trial ni saya mengajar Matematik Tingkatan 4 Bab Ungkapan & Persamaan Kuadratik selama seminggu.. Boleh lihat progress kelas seperti gambar di bawah:
Alhamdulillah... kelas berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah... Yang bestnya student yang join dari pelbagai tempat... untuk kelas trial ni majoriti dari JOHOR DARUL TAKZIM!!! walaupun jauh tp still boleh belajar... HEBAT TAK??
Ini pula testimoni yang diberikan oleh para pelajar selepas tamat tempoh kelas percubaan tu... Alhamdulillah sangat memberangsangkan...
![]() |
| Testimoni daripada mereka yang mengikuti kelas ini... |
Insyallah saya bercadang nak teruskan lagi kelas secara online ini... Saya akan maklumkan kepada semua bila tiba masanya nanti... TUNGGU~
Setakat itu sahaja daripada saya untuk post kali ini... Jumpa anda lagi pada post seterusnya... SELAMAT MEMBACA!!!!
TUTOR HASNAN #OHSEM








Tiada ulasan:
Catat Ulasan