Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan AHLAN WASAHLAN kepada anda semua ke ruangan blog ini. Insyallah saya akan memberi gambaran berkaitan dengan diri saya serta perkhidmatan yang saya tawarkan secara ringkas.
Latar Belakang
![]() |
| Inilah rupa saya.. Zaman saya kurus sikit.. :P |
Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Muhammad Hasnan bin Mohd Salim. Saya berasal daripada Subang, Selangor dan sekarang menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia, Selangor. Saya merupakan bekas pelajar di:
a) Sekolah Menengah Kebangsaan Subang
b) Sekolah Menengah Teknik Sepang
c) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Sekarang, saya adalah sebagai seorang guru tuisyen separuh masa. Anda boleh memanggil saya dengan gelaran "Cikgu Hasnan" atau "Tutor Hasnan"
Perkhidmatan Tuisyen
Seperti yang saya pernah nyatakan di atas, saya merupakan seorang guru tuisyen separuh masa. Jadi, saya mempunyai pengalaman selama hampir 3 tahun mengajar terutamanya di pusat tuisyen.
Perkhidmatan Tutor Hasnan ini meliputi:
a)Home Tuition
Saya mempunyai pengalaman melakukan Home Tuition terutamanya di sekitar Serdang, UPM, Putrajaya, Bangi, Kajang dan lain-lain. Kebiasaannya, saya akan datang sendiri ke rumah pelajar untuk mengajar pelajar terbabit. Bagi saya, hal ini amat penting kerana keselamatan pelajar sangat perlu diutamakan. Jadi, pelajar tidak perlu bersusah payah untuk menghadirkan diri ke tempat lain kerana saya sendiri yang akan datang ke tempat tinggal pelajar terbabit.
b)Tuition Centre
Saya juga mempunyai pengalaman mengajar di pusat tuisyen. Sepanjang pengalaman saya, saya telah mengajar lebih daripada 5 buah pusat tuisyen seperti Pusat Tuisyen Dunia Bestari, Pusat Tuisyen Mawar, Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam, Pusat Tuisyen e-Lestari, Pusat Tuisyen Ilmu Imtiyaz dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda semua, pusat-pusat tuisyen ini hanya memilih calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk mengisi jawatan sebagai tenaga pengajar di tempat mereka dan saya merupakan salah seorang guru yang terpilih.
Secara tuntasnya, saya mempunyai pengalaman dalam mendidik masyarakat Malaysia untuk menjadi seorang manusia yang berguna di Home Tuition dan juga Tuition Centre.
Subjek Pengajaran
Baiklah, saya hanya memfokuskan kepada beberapa subjek sahaja iaitu:
a) Matematik / Matematik Moden
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
b) Sejarah
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Namun, jika ada mana-mana pelajar atau individu yang berminat untuk belajar dengan saya berkaitan dengan subjek di atas, saya amat mengalu-alukan kehadiran anda. Saya yakin pelaburan anda terhadap ilmu pastinya berbaloi-baloi :-)
Bayaran Perkhidmatan
Jika ada di antara ibu bapa atau pelajar yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya, saya amat mengalu-alukan perkara tersebut. Baiklah, untuk bayaran, saya meletakkan kadar bayaran yang agak sederhana kepada ibu bapa/pelajar. Berikut merupakan kadar bayaran bagi saya:
Pelajar SPM (Tingkatan 4 dan 5)
a) Matematik Moden = RM 40 - 45 sejam
b) Sejarah = RM 40 - 45 sejam
Pelajar PT3 (Tingkatan 1, 2 dan 3)
a) Matematik = RM 35 - 40 sejam
b) Sejarah = RM 35 - 40 sejam
b) Sejarah = RM 35 - 40 sejam
Ini merupakan tawaran yang cukup istimewa daripada saya khusus untuk anda. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan harga ini terlalu mahal anda boleh menghubungi saya untuk berunding dengan saya berkaitan dengan harga.
Mengapa Meletakkan Harga Sedemikian?
Saya mempunyai beberapa sebab mengapa saya meletakkan harga yang sedemikian iaitu:
a) Pengalaman
Saya mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam 2 subjek tersebut. Saya juga mempunyai pengalaman selama hampir 3 tahun mengajar. Jadi, rasanya kadar bayaran tersebut merupakan kadar bayaran yang berpatutan kepada ibubapa/pelajar. Anda akan dapat pulangan dengan apa yang anda bayar.
b) Kos-kos yang lain
Bayaran tersebut juga merupakan bayaran untuk kos-kos yang lain seperti kos minyak, kos buku-buku untuk digunakan dalam pembelajaran dan kos-kos mengajar saya.
Kaedah Pengajaran
Kebiasaannya saya akan pergi ke rumah pelajar terbabit sekali seminggu atau bergantung kepada waktu kelas yang telah dipersetujui bersama. Baiklah, saya menggunakan konsep "Teach and Exercise"iaitu satu konsep di mana saya mengintegrasikan konsep mengajar dan memberi latihan kepada pelajar terbabit. Kebiasaanya, saya akan memperuntukkan masa selama sejam 15 minit untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan dengan subjek yang diajar. Kemudiannya saya akan memberi masa kepada pelajar terbabit untuk membuat latihan dan latih tubi sehingga pelajar terbabit memahami apa yang dipelajarinya. Selepas itu, saya akan memperuntukkan masa untuk berbincang dengan pelajar terbabit mana-mana soalan yang kurang difahami.
Selain itu, saya juga akan menyediakan beberapa buku kepada pelajar terbabit untuk tujuan rujukan. Buku-buku ini akan digunakan sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Saya percaya dan yakin dengan bimbingan saya, buku tersebut akan dapat membantu pelajar terbabit untuk mendapatkan kefahaman yang maksimum dalam pembelajaran mereka. Buku tersebut dimuatkan dengan nota-nota serta latihan-latihan yang berorientasikan peperiksaan dan diselitkan juga dengan kata-kata motivasi untuk meningkatkan spritual pelajar terbabit.
Disamping itu, satu 'report card' akan penulis sediakan untuk rujukan pelajar, ibubapa dan saya sendiri. Report card ini akan memuatkan laporan dan prestasi pelajar terbabit daripada semasa ke semasa. Kaedah yang dipraktikkan ini terbukti berkesan. Hasilnya, pelajar yang saya mengajar berjaya memperoleh keputusan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Saya juga akan melakukan sesi follow up dengan pelajar terbabit melalui telefon dan email. Sebagai seorang guru tuisyen profesional,adalah menjadi tanggungjawabsaya untuk memastikan bahawa anak-anak murid saya mendapat bimbingan yang secukupnya daripada saya. Sekiranya mereka tidak memahami apa yang diajar, mereka boleh bertanya kepada saya melalui mesej ataupun sms. Saya insyallah akan membalasnya dengan secepat mungkin.
Bukan itu sahaja, malahan saya akan sentiasa memberikan kata-kata semangat, sokongan, dokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajar-pelajar saya dan bakal pelajar saya. Saya percaya untuk lebih mudah memahami pelajar tersebut, saya perlulah mendampingi pelajar dengan kata-kata dan azimat yang utuh agar pelajar tersebut suka cara pengajaran saya dan suka akan subjek yang diajar. Ini merupakan kepakaran saya untuk membuatkan pelajar suka akan sesuatu subjek tersebut.

Saya juga menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bergantung kepada tahap serta personaliti pelajar. Lain orang lain kaedahnya betul tak? Maka pelbagai cara digunakan bagi membantu pelajar saya dalam pembelajaran mereka.
Apa Keistimewaan Tutor Hasnan?
a) Teknik yang hebat
Saya merasakan anda sudah membaca teknik dan kaedah yang saya akan aplikasikan dalam tuisyen terbabit. Jadi, rasanya itulah sebab utama mengapa anda perlu mendapatkan Tutor Hasnan sebagai tutor di rumah anda. Sekali lagi diulangi, teknik ini mampu untuk membuatkan anak anda berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mereka. Insyaallah...
b) Bayaran yang berpatutan
Ya, bayaran yang saya kenakan adalah amatlah berpatutan jika hendak dibandingkan dengan guru-guru lain. Hal ini disebabkan saya mahu memastikan semua orang yang cintakan sesuatu ilmu untuk mempelajarinya dengan kadar bayaran yang mampu dibayar. sayas tidak akan teragak-agak untuk meletakkan kadar bayaran yang tinggi untuk tempoh akan datang kerana saya percaya sesuatu ilmu yang berharga perlulah diletakkan setimpal dengan kadar bayarannya.
Jadi, ini adalah peluang anda kerana harga yang saya letakkan adalah harga promosi. Anda tidak akan dapat harga yang sebegini di tempat-tempat lain.
c) Masa yang fleksibel
Masa umpama emas bagi setiap orang. Begitu juga dengan saya. Jadi, sekiranya anda bersetuju untuk mendapatkan khidmat saya, kita akan berbincang dari hati ke hati bila masa yang sesuai untuk saya datang mengajar. Jika anda merasakan masa tersebut tidak fleksibel, kita boleh tukar masa tersebut andainya jadual saya masih belum dipenuhi. Jadi, masih belum terlambat untuk anda mendapatkan khidmat saya.
d) Sistem yang sistematik
Seperti yang saya katakan tadi, jika sekiranya anda mendapatkan khidmat saya, anda akan mendapat buku-buku, report card, sesi motivasi serta sesi follow up yang berkesan daripada saya. Sistem ini telah banyak membantu pelajar saya yang lain. Yang penting saya tidak akan membiarkan anak anda terkontang-kanting seorang diri. Saya akan bimbing anak anda sehingga berjaya. Itu misi dan visi saya untuk perkhidmatan saya ini.
e)Personaliti yang menarik
Memandangkan saya pernah menjadi seorang pelajar pada ketika dahulu malahan sekarang juga masih merupakan seorang pelajar, jadi banyaklah pengalaman yanng ingin dikongsi dengan pelajar. Saya percaya pelajar yang mendapat perkhidmatan tuisyen daripada Tutor Hasnan akan diberikan kebebasan yang seluas-luasnya untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan subjek yang tidak difahami,cara belajar serta soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kehidupan. Saya mahu pelajar terebut mendapat sesuatu yang berfaedah daripada saya.
Cukuplah dengan 5 keistimewaan yang penulis nyatakan berkaitan dengan Tutor Hasnan ini. Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca sehingga ke ayat ini. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah TINDAKAN. Ya, jika anda hanya membaca tanpa melakukan TINDAKAN, anda akan gagal untuk memperoleh peluang seperti ini lagi. Ingatlah wahai saudaraku, setiap muslim itu wajib menuntut ilmu. Begitu juga dengan kita. Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. Jadi, sekiranya anda berminat dengan perkhidmatan tuisyen yang Tutor Hasnan tawarkan, jangan berlengah lagi, lakukanlah langkah yang sepatutnya agar kejayaan menjadi milik ANDA dan ANAK ANDA.
Bagaimana Mahu Menghubungi Tutor Hasnan?
Tutor Hasnan boleh dihubungi melalui:
Handphone: 017-6529732 (8.00 am - 10.00 pm)
Email: akademimindaexcellent@gmail.com
Website: tutorhasnanohsem.blogspot.com









Tiada ulasan:
Catat Ulasan