Pages - Menu

Rabu, 25 Mei 2016

Tutor Tuisyen : Di siniku Bermula...

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

HIII!!! Apa kaba anda semua? Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog saya... Alhamdulillah... Berjumpa lagi kita dalam post yang seterusnya.. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada para pembaca kerana lewat mengupdate blog ini.. Maklumlah sibuk sedikit dengan banyak hal.. :P

Post kali ini kita akan membicarakan mengenai perjalanan saya, Tutor Hasnan sebagai seorang tutor dari permulaan hinggalah sekarang.. Jom...

Saya bersama anak murid saya.. Masa ini saya mengajar subjek Sejarah Tingkatan 5...

Ini kelas Matematik PT3 tahun 2016... 

Perbincangan dalam kumpulan turut saya tekankan sebagai satu skill untuk study secara smart... :)

Saya mula mengajar bermula pada tahun 2012 selepas sahaja tamat pengajian di peringkat diploma... Dan alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan dan intervew akhirnya saya diterima untuk mengajar di pusat tuisyen berhampiran dengan rumah saya...

Pusat Tuisyen pertama ketika itu ialah Pusat Tuisyen Mawar cawangan Bukit Jelutong dan diberi peluang mengajar Matematik Tingkatan 3 PMR pada masa itu.

Pertama kali mengajar dan berhadapan dengan student, memang tidak dinafikan kesukaran dan kegementaran saya pada ketika itu namun saya kuatkan semanagt diri untuk hadapi cabaran itu. Dan alhamdulillah, ia banyak memberikan ilmu baru serta cara baru saya mengajar serta bagaimana untuk digunakan untuk menimbulkan minat student untuk bljr subjek yang diajar... 

Kaedah pembentangan sering saya gunakan terutama dalam kelas Sejarah.. ini kelas Sejarah Tingkatan 3

Peta Konsep yang saya aplikasikan dalam kelas Sejarah Tingkatan 5... Saya minta pelajar saya cari sendiri isi-isi penting berdasarkan keyword yang saya telah berikan...

Latih tubi secara berterusan terutama menjelas peperiksaan... Ini kelas Bahasa Melayu PT3
bermula dengan pendekatan mengajar secara biasa sehinggalah saya beralih dan mencuba pelbagai  kaedah pengajaran yg lebih menarik serta turut melibatkan pelajar itu sendiri dalam sesi pembelajaran..

Pelajar membentangkan tajuk topik di hadapan rakan-rakan

Perbincangan secara berkumpulan

Perbentangan Tajuk Topik menggunakan bahan seoerti kertas mahjong


Penghasilan bahan untuk perbentangan

Alhamdulillah, tahun 2016 memberikan satu lembaran baru kepada saya kerana diberi peluang untuk menjadi "School Tutor" dalam satu program usahasama antara pihak sekolah dengan sebuah konsultan tuisyen. Melihat kepada potensi dan pengalaman yang bakal saya perolehi kelak maka saya mengambil peluang tersebut sebagai satu anjakan paradigma untuk diri saya untuk terus maju dalam dunia pendidikan...

Program tersebut yang diberi nama "I'mPROve" dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dan melibatkan beberapa subjek sahaja sebagai permulaan. Alhamdulillah, bersyukur kerana setakat ini feedback yang diberikan oleh pelajar sangat baik dan positif.

Pelajar saya di SAMSMEL

Pelajar diberi peluang untuk berkongsi jalan kerja bersama rakan-rakan
Perbincangan secara kumpulan sentiasa ditekankan
walaupun sudah 2 tahun berpengalaman mengajar namun pendekatan dalam mengajar pelajar sering saya pelbagaikan bagi melihat samada ia berkesan atau tidak terhadap pelajar

Pelajar sedang khusyuk mencari jawapan dengan memadangkan jawapan dengan soalan

Pelajar lebih tertarik dan fokus kerana pendekatan digunakan tidak seperti kebiasaan

Perbincangan bersama dilakukan dalam mencari jawapan

Alhamdulillah.. kini saya mempunyai pengalaman mengajar dalam Subjek Matematik dan Sejarah bagi sekolah menengah... 

insyallah jika diberi rezeki lebih lagi saya akan cuba untuk upgrade kaedah pengajaran saya dan menimba lebih banyak pengetahuan dalam dunia pendidikan untuk kebaikan semua pihak...

jika berminat untuk mendapatkan khidmat saya boleh hubungi saya di talian 017-6529732...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...